Nama dan istilah Negara (geografi)

Penggunaan kasual istilah "country", "state" dan "nation" sebagai sinonim menyebabkan berlakunya kekeliruan. Menambah kepada masalah ini adalah penggunaan rasmi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dianggotai "states"; dan "countries" yang membentuk United Kingdoms dirujuk sebagai "home nations".

Dalam bahasa Inggeris, istilah nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) mempunyai maksud ketara, tetapi dalam pertuturan seharian, mereka sering digunakan sebagai sinonim dan boleh ditafsirkan secara pelbagai. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

Dalam bahasa Melayu pula, perkataan nation, country dan state mempunyai satu makna sahaja, iaitu negara, dengan perkataan state pula biasanya difahami sebagai merujuk kepada negeri kerana kebanyakan penutur Melayu tinggai di Malaysia yang mengamalkan pemerintahan subdivisi persekutuan. Kebanyakan penutur ini tiada kesedaran yang perkataan nation dan country merujuk kepada dua aspek penglihatan negara dalam bahasa Inggeris, serta maksud kedua perkataan state sebagai negara apabila digunakan dalam konteks antarabangsa.

Secara keseluruhan, terdapat pertembungan diantara aspek negara dari segi kedua-dua budaya dan politik, yang dipanggil negara bangsa. Ia merupakan sesuatu yang ramai kerajaan cuba menggalakkan, untuk memberi pengesahan dan legitimasi kepada pemerintahan mereka. Akan tetapi, disebabkan imigresyen dalam sejarah dan zaman kini, komuniti yang homogeneous dari segi etnik sangat jarang atau tidak wujud. Contoh pengecualian adalah negara Iceland dan Jepun.